fb fb fb fb fb

Semua pasukan Liga Super selesai mohon lesen kebangsaan

Segala kelulusan bagaimanapun tertakluk selepas First Instance Body (FIB) bersidang

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super sudah membuat permohonan Lesen Kebangsaan.

Mengesahkan perkara itu Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Mohd Shazli Shaik Mohd dalam satu kenyataan.

Menurutnya segala kelulusan bagaimanapun tertakluk selepas First Instance Body (FIB) bersidang membuat penilaian serta semakan Selasa ini.

Perkembangan itu turut menimbulkan persoalan mengenai jumlah sebenar pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.

Ia susulan beberapa pasukan dilaporkan bakal menarik diri akibat masalah kewangan.-Bernama

JALALUDDIN BIN BAHARIN