fb fb fb fb fb

Toru Oniki puji pemain JDT, Mora berdepan cabaran kecergasan pemain untuk aksi timbal balik - ACL

(Foto FB JDT)

ISKANDAR PUTERI, 22 April- Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL)peringkat Kumpulan I apabila mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan berlangsung.

JDT berjaya memastikan perlawanan malam tadi terikat dengan keputusan seri 0-0 berdepan kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale.

Keputusan seri itu sekali gus membolehkan JDT kekal sebagai pendahulu Kumpulan I dengan tujuh mata manakala Kawasaki di kedudukan kedua dengan lima mata.

Menurut Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora, beliau kini semakin yakin dengan persembahan anak buahnya dan berharap pasukan meneruskan momentum, seterusnya layak ke pusingan kalah mati.

"Ia perlawanan yang sukar kerana kelab Jepun ini mempamerkan aksi sangat tersusun dan begitu taktikal. Mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan melibatkan taktikal. Kami pula bertaruh dengan kecergasan pemain namun kami cuba bermain sebaik mungkin dengan tahap kecergasan sebab kami tahu apa yang kami mampu beri terbaik," kata Mora dalam sidang media selepas perlawanan tersebut.


(Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora menjelaskan perkara itu dalam sidang media selepas perlawanan)

Sementara itu, Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki akui sedikit kecewa apabila gagal mengutip 3 mata penuh dalam aksi menentang JDT walaupun mempunyai beberapa peluang.

Menurut beliau, suasana di stadium juga sedikit sebanyak mengganggu persembahan mereka.

"Setiap pemain JDT mempunyai kelebihan dan amat bagus. Selepas ini kami akan cuba bermain dengan lebih baik menentang mereka bagi mendapatkan sesuatu," kata Toru dalam sidang media sama.


(Ketua Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki dalam sidang media selepas perlawanan bertemu JDT)

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula bagi aksi keempat peringkat kumpulan pada aksi Ahad ini.

Media Baharu