fb fb fb fb fb

Sukan SEA Hanoi: Atlet Johor terima suntikan semangat

PETALING JAYA, 22 April - 59 atlet Johor yang bakal menyertai kontinjen negara ke Sukan SEA Hanoi bulan depan, menerima suntikan semangat menerusi insentif berjumlah RM1,000 seorang.

Insentif itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

(Mohd Hairi ketika ditemui dalam majlis Iftar Majlis Sukan Negeri Johor di Petaling Jaya)

"Insya-Allah ini adalah insentif yang pertama macam yang saya umumkan tadi insya-Allah kita akan adakan insentif yang lain sekiranya mereka membawa pulang pingat untuk negara. Seperti yang saya umumkan pingat emas RM4,000 pingat perak RM2,000 dan pingat gangsa RM1500 setiap seorang," kata beliau dalam majlis Iftar Majlis Sukan Negeri Johor di sini.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) Datuk On Jabbar dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor Nor Syazlan Abd Razak.

Bilangan atlet Johor ke Sukan SEA kali ini meningkat lebih 51 peratus berbanding 39 orang pada temasya Sukan SEA Filipina 2019.

Media Baharu