fb fb fb fb fb

Pemain golf remaja sasar emas pada penampilan pertama Sukan SEA

Foto fail

KUALA LUMPUR, 22 April - Pemain golf remaja, Ng Jing Xuen yakin dapat membantu pasukan golf negara memenangi pingat emas di Sukan SEA Hanoi yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei.

Jing Xuen, 14 tahun, cukup bersemangat untuk menunjukkan permainan terbaiknya di Lapangan Golf Heron Lake.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dia dan rakan sepasukan akan berikan yang terbaik untuk memenangi pingat emas.

(Pemain golf negara Ng Jing Xuen(paling kanan dan Ervin Chang(kiri) pada sidang media kontinjen Malaysia di MSN/BERNAMA)

“Terdapat banyak turun dan naik sepanjang tahun ini, jadi tahap keyakinan adalah amat penting. Saya juga bagi tahu pada diri saya, bahawa saya tidak boleh berputus asa pada permainan ini, kerana ia suatu yang (saya inginkan), saya suka untuk kekalkan ‘vibes’ positif.

“Untuk sasaran saya, walaupun saya paling muda, saya masih percaya yang saya boleh lakukannya. Saya dan rakan sepasukan akan berikan yang terbaik untuk memenangi pingat emas,” katanya pada sidang media Kontinjen Malaysia, di Majlis Sukan Negara hari ini.

Mula aktif dalam sukan golf empat tahun lalu, Jing Xuen kini berkedudukan ke-237 dalam Ranking Golf Amatur Dunia.

Dia telah memenangi empat gelaran dan merupakan pemain termuda memenangi Terbuka Amatur Perak 2019, pada usia 11 tahun.

 

Media Baharu