fb fb fb fb fb

Toni Kroos kembali sertai Jerman

Pemain Jerman, Toni Kroos kembali menyarung jersi selepas tiga tahun umum persaraan / Foto Reuters

MUNICH, 24 Februari - Pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos akan kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan Jerman selepas tiga tahun bersara di peringkat antarabangsa.

Pemain berusia 34 tahun itu yang menjulang Piala Dunia 2014 sebelum ini mengumumkan persaraan pada Julai 2021 selepas Jerman tersingkir di peringkat 16 terakhir pada kejohanan Euro 2020 di Wembley.

Kroos tampil buat kali pertama di peringkat antarabangsa pada 2010 dan telah membuat 106 penampilan untuk Jerman.

Dia juga menang lima kali piala Liga Juara-juara bersama Bayern Munich dan Real Madrid.

Jerman menjadi tuan rumah Euro yang bermula pada 14 Jun dan akan diadakan di 10 bandar dengan perlawanan akhir di Berlin pada 14 Julai.

Juara dunia empat kali itu telah tersingkir pada pusingan pertama pada dua Piala Dunia terakhir pada 2018 dan 2022.

Jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann, mengambil alih pada September 2023 dengan permulaan yang tidak baik.

Pasukannya hanya memenangi dua daripada enam perlawanan terakhir.

Mereka juga tewas dalam dua perlawanan terbaharu, menentang Turki dan Austria, pada November.

Lawan seterusnya adalah Perancis dan Belanda pada bulan Mac

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD