fb fb fb fb fb

Acara pecut ACC: Shah Firdaus, Izzah Izzati ke separuh akhir

Muhammad Shah Firdaus dan Nurul Izzah Izzati masing-masing akan bertemu Zhiwei dan Mengqi pada perhitungan separuh akhir, hari ini

KUALA LUMPUR, 23 Februari - Dua pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menempah slot ke separuh akhir pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India selepas mempamerkan kayuhan bertenaga pada acara pecut lelaki dan wanita.

Muhammad Shah Firdaus yang juga pemenang pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Mac tahun lepas mudah menewaskan pelumba China, Liu Kuan dalam dua perlumbaan suku akhir, pada Khamis.

Namun, nasib berbeza menimpa adiknya, Muhammad Ridwan Sahrom apabila dikalahkan Li Zhiwei 0-2 dalam satu lagi perlumbaan.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati juga berada dalam keadaan terbaiknya apabila menewaskan Ratu Afifah Nur Indah dari Indonesia 2-0, pada perlumbaan suku akhir.

Manakala Nurul Aliana Syafika Azizan pula disingkirkan Tong Mengqi dari China, 0-2.

Muhammad Shah Firdaus dan Nurul Izzah Izzati masing-masing akan bertemu Zhiwei dan Mengqi pada perhitungan separuh akhir, hari ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN