fb fb fb fb fb

Lim Tiong Kim jurulatih baharu Perak FC

(Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi bersalaman dengan  Lim Teong Kim)

IPOH, 13 September- Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Perak FC musim hadapan.

Perkara itu disahkan Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menerusi kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Jelasnya, Teong Kim telah menandatangani kontrak dengan pasukan itu selama dua tahun dan akan mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih selepas tamat perlawanan terakhir Liga Premier musim ini menentang Kuching City FC pada 17 September depan.

Menurutnya, jurulatih itu menyatakan hasrat untuk membantu pasukan dengan membawa perubahan struktur kepada cara pengendalian kelab bola sepak di Malaysia.

Teong Kim mempunyai pengalaman selama 12 tahun sebagai jurulatih antaranya bersama pasukan bawah 19 tahun Bayern Munich di Jerman.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Negara pada 2013 sebelum dilantik sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari pada 2016.

Dalam pada itu, Datuk Seri Abdul Azim turut mengesahkan ketua jurulatih semasa, Yusri Che Lah akan diberi peranan baharu musim depan iaitu untuk membangunkan skuad bawah 23 Perak FC.


(Lim Tiong Kim)

Media Baharu