MUNICH, 13 September - Pertemuan dua kelab gergasi di kumpulan C antara Barcelona dan Bayern Munich dalam Liga Juara Eropah pastinya menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia.
Jurulatih Barca, Xavi Fernandes mengenepikan dakwaan bahawa bermain di Munich ibarat berkunjung ke "rumah hantu".
Kedua-dua kelab pernah bertemu di peringkat kumpulan musim lepas dengan kelab Jerman menang 3-0 sebanyak dua kali.
Barca musim ini menampakkan kelainan dengan bahagian serangan dikemudi oleh Robert Lewandowski yang berpindah ke Nou Camp dari Bayern.
(FOTO REUTERS)
Barcelona tidak pernah menang di Munich, yang lebih berjaya dalam empat pertemuan terakhir dengan jaringan keseluruhan 17-4 termasuk kemenangan besar 8-2 di suku akhir musim 2020.
Walaupun mengakui ia adalah tugas sukar, namun Xavi berkata pasukannya tidak gentar untuk berkunjung ke Munich.
Kelab Sepanyol itu akan menentang skuad Julien Nagelsman dengan semuanya pemainnya cergas.
Jules Kounde, Eric Garcia, Ousmane Dembele dan Lewandowski yang bermula di bangku simpanan ketika menang 4-0 di Cadiz sabtu lalu akan kembali. - REUTERS