fb fb fb fb fb

Tinju : Adli Golden Boy sasar kedudukan 30 terbaik dunia

FOTO FB AdliGoldenBoy

JOHOR BAHRU, 18 Januari- Petinju profesional negara, Adli Hafidz Mohd Fauzi menyasarkan untuk berada di kedudukan 30 terbaik dunia tahun ini.

Atlet berusia 35 tahun yang lebih dikenali Adli Golden Boy itu bakal menyertai tiga kejohanan kompetatif bagi memperbaiki kedudukannya.

"Saya menyasarkan untuk berada di kedudukan 30 dunia tahun ini.

"Sekiranya berjaya, saya boleh mencabar petinju-petinju handalan di Amerika Syarikat (AS). Insya-Allah saya akan menggunakan peluang yang diberi sebaik-baiknya bagi membawa nama negara dan Johor ke persada yang lebih tinggi", katanya ketika di temui pemberita RTM di sini.

Penghujung tahun lalu, Adli berjaya menjuarai kategori Light Heavyweight WBC Asian Continental selepas menundukkan jaguh Thailand, Tanawat Kesiri, menerusi KO pada pusingan keempat di Bangkok, Thailand.

Kejuaraan tersebut merupakan pertama buat Adli tahun lalu selepas berehat selama enam bulan akibat mengalami kecederaan serius.

Ketika ini, Adli menduduki tangga ke-200 dunia dan ke-39 Asia.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD