BERLIN, 10 Ogos - RB Leipzig sah menandatangani bekas penyerang Chelsea, Timo Werner selama empat tahun.
Werner dari Jerman, 26, menghabiskan dua musim di kelab Inggeris itu dengan menjaringkan 10 gol dalam 56 penampilan Liga Perdana.
Menurut laporan, kelab Bundesliga itu telah membayar £25 juta ($30.2 juta, 29.5 juta euro) untuk rekod penjaring gol mereka.
“Saya sangat gembira dapat bermain untuk RB Leipzig sekali lagi,” kata Werner dalam satu kenyataan Leipzig.
“Saya berseronok di sini antara 2016 dan 2020, apabila kami beraksi cemerlang sebagai pendatang baharu dalam liga.
“Ia adalah pemergian yang bermaruah untuk saya meninggalkan kelab sebagai penjaring terbanyak tetapi itu adalah masa lalu sekarang dan saya melihat ke hadapan, kerana kedua-dua saya dan kelab telah berkembang sejak dua tahun lalu,” tambahnya.
Selasa lalu, Werner mengumumkan pemergiannya dari Stamford Bridge, selepas mencetak sejarah bersama kelab Les Blues memenangi Liga Juara-Juara pada 2021 namun sukar mengekalkan prestasi yang konsisten.
"Hari ini hari terakhir saya bersama Chelsea. Saya amat menghargai setiap masa yang saya habiskan di kelab istimewa ini," kata Werner di media sosial.
"Saya merasakan begitu banyak kasih sayang dan sokongan sepanjang dua tahun lepas dan saya tidak akan lupa bagaimana anda semua berdiri di belakang saya dalam masa yang baik dan mencabar," tambahnya.
Perlawanan kedua Leipzig musim Bundesliga ialah perlawanan Sabtu dengan Cologne dan akan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini.-AFP
(FOTO REUTERS)