TORONTO, 10 Ogos - Bintang tenis ikonik, Serena Williams mula menghitung hari persaraan daripada arena sukan.
Juara Grand Slam 23 kali itu menyatakan hasratnya menerusi esei muka depan majalah Vogue dengan catatan "berkembang jauh daripada tenis", edisi 9 Ogos.
Ia kemudian disokong dengan entri Instagram rasminya yang turut menjelaskan bahawa dia ingin mencuba sesuatu yang baharu.
Menurut media tempatan, Terbuka Amerika Syarikat bakal menjadi medan terakhir Serena sebelum bersara daripada arena tenis.
"Saya rasa ada cahaya di hujung terowong.Ya, jadi begitulah, sejak kebelakangan ini, itulah yang berlaku untuk saya. Saya tidak sabar untuk sampai ke lampu itu," kata Serena kepada wartawan ketika ditanya berkenaan kerjayanya selepas ini.
"Kebebasan. Ya. Saya suka bermain, jadi ia seperti menakjubkan tetapi anda tahu, saya tidak boleh melakukan ini selama-lamanya.
Jadi, kadang-kadang anda hanya mahu mencuba yang terbaik untuk menikmati detik-detik itu dan melakukan yang terbaik yang anda boleh," tambah Serena.
Terdahulu, Serena mempamerkan aksi terbaik dalam Terbuka Canada selepas membenam pemain Sepanyol, Nuria Parrizas Diaz, 6-3, 6-4 pada pusingan ke-64.
Serena bakal bertemu wakil Switzerland, Belinda Bencic untuk layak ke pusingan seterusnya. -REUTERS
(FOTO AFP)