BUKIT JALIL, 10 Ogos - Penyerang Hoki Kebangsaan, Faizal Saari mencipta sejarah menjadi pemain pertama Malaysia menyertai Kelab ZSV Schaerweijde yang beraksi dalam saingan Liga Utama Belanda.
Ia merupakan kali keempat penyerang Kelab Hoki Terengganu THT itu bakal membuat penampilan ke luar negara selepas beraksi di Australia, Jerman dan India.
Faizal, 31 tahun akan mengikat kontrak selama 10 bulan bersama Schaerweijde dan dijadual berlepas pada 11 Ogos ini.
(Faizal Saari ketika ditemui pemberita)
"Pertama sekali syukur Allhamdulilah saya diberi peluang, saya terujua ke Holland League, sebab kita tahu Belanda punyai tempo liga sangat tinggi, sangat bagus untuk saya dan bagus untuk pasukan hoki Malaysia," kata Faizal di sini.
Penyerang kelahiran Terengganu itu akan kembali semula ke Malaysia pada November ini bagi membantu Speedy Tigers mengharungi Kejohanan Piala Negara-Negara di Afrika Selatan selain mewakili THT bagi saingan Liga Hoki Malaysia 2023.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Datuk Najmi Abdul Razak yang turut dihadiri Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal di sini semalam.