fb fb fb fb fb

KBS akan lihat punca acara sukan sandaran gagal beri keputusan diinginkan

KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius beberapa acara sukan sandaran yang gagal memberi keputusan diinginkan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi satu kenyataan berkata pihaknya akan melakukan penilaian bagi memastikan ia tidak berulang pada masa akan datang.

Berdasarkan pencapaian keseluruhan, kem boling padang dan terjun antara yang gagal mencapai sasaran menyumbang emas buat negara.

Gandingan Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji gagal mempertahankan emas dimenangi semasa edisi 2018.

(FOTO FAIL)

Emas juga gagal dijelmakan kem terjun yang menutup penampilan mereka dengan tiga pingat perak dan satu gangsa.

Ahmad Faizal bagaimanapun tetap memuji pencapaian keseluruhan kontinjen Malaysia yang berjaya melepasi sasaran enam pingat emas.

Beliau turut merakamkan penghargaan ketas sokongan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan komitmen penuh Chef De Mission, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Media Baharu