SHAH ALAM, 19 Ogos – Hampir 75 peratus tiket perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 2025 sudah terjual, menandakan sambutan hangat daripada peminat bola sepak.
Pengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar berkata, kira-kira 20,000 penonton dijangka membanjiri Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 27 September ini bagi menyaksikan perlawanan bersejarah itu.
Menurutnya, kejohanan berprestij itu bukan sahaja mengimbau nostalgia bola sepak tempatan, malah menjadi medan mengeratkan hubungan bersejarah antara pasukan Selangor dan Singapura.
Orang ramai turut disaran menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Tiket Perlawanan Bola Sepak sempena The Sultan of Selangor’s Cup 2025 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.