fb fb fb fb fb

Tiga pemain import baharu NSFC

SEREMBAN, 9 Februari - Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) menandatangani tiga pemain import baharu bagi memperkukuh pasukan sempena menghadapi saingan Liga Super yang
bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ketua Jurulatih NSFC, K. Devan berkata proses mendaftar tiga pemain import tersebut sedang dijalankan dan telah mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan kelab.

"Sekarang dia akan masuk pada dua minggu sebelum perlawanan dan juga persiapan pasukan mulakan tiga pemain import dan lima pemain import adalah berbeza. Jadi kita mengambil pemain import untuk mengisi tempat-tempat yang kita rasa ada kurang kualiti dengan pemain tempatan.

"Jadi kalau kita ada tiga sahaja dan selain daripada itu kita kena gunakan pemain tempatan. Jadi daripada segi perancangan saya, memang ada terganggu sikit tetapi ini keputusan daripada pihak pengurusan dan saya kena ikut dan saya akan cuba buat yang terbaik untuk pasukan," kata K. Devan di sini.

(K. Devan ketika ditemui selepas perlawanan pra-musim yang menyaksikan
Negeri Sembilan FC menang ke atas Perak FC, dua kosong (2-0))

Dalam pada itu, kesungguhan pemain yang ditunjukkan melalui perlawanan itu turut mendapat reaksi positif dan meningkatkan keyakinan pasukan menghadapi saingan Liga Super 2023.


Media Baharu