fb fb fb fb fb

SUKMA 2022: Johor beri insentif kepada 37 jurulatih sukan

(Foto Majlis Sukan Negeri Johor)

ISKANDAR PUTERI, 9 Februari- Kerajaan Johor menerusi Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) memberikan insentif berjumlah RM185,000 kepada 37 ketua jurulatih persatuan sukan.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Md Shah berkata kesemua mereka terlibat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

"Insentif bertujuan menghargai jasa dan usaha ketua jurulatih, terhadap kejayaan atlet Johor dalam temasya tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga yakin MSNJ akan menyediakan barisan atlet terbaik, menjelang anjuran SUKMA tahun hadapan.

Dalam pada itu, Mohd Hairi turut memberitahu Perbadanan Stadium Johor mencatat kutipan hasil tertinggi iaitu sebanyak RM1.6 juta pada tahun lalu, berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Infrastruktur sukan di Johor mampu memberi pulangan baik kepada jabatan dan kerajaan sekiranya diselenggara dengan baik.


(Foto Majlis Sukan Negeri Johor)

Media Baharu