KUALA LUMPUR, 10 Mei - Malaysia membuka gelanggang acara kuadran Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 dengan menundukkan China 2-0 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Titiwangsa.
Walaupun bermula perlahan, ketinggalan 2-7, skuad negara yang dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak, dan Muhammad Shahalril Aiman Halim bangkit cemerlang untuk menang 15-10, sebelum menutup set kedua dengan kemenangan bergaya 15-3.
Jurulatih Mohammad Zulkarnain Mohamed Arif memuji semangat juang pemain serta kekuatan serangan pasukan yang menjadi kunci kejayaan.
"Okey first set memang kita pada awalnya nampak macam struggle sikit player saya mencari rentak tapi alhamdulillahlah mereka begitu cepat walaupun ketinggalan agak jauh 5 pointkan tapi dia orang cepat sesuaikan keadaan dan dia orang nak dapat membuat satu comeback yang luar biasa,
"kita punya serangan sebenarnyalah so serangan dari segi pukulan kita kalau boleh jangan ada kurangkan kesilapan seranganlah sebab serangan tu yang akan menyebabkan point pihak lawan dia makin jauh makin jauh", katanya.
Skuad Kuadran Negara dijadual berdepan Filipina pada perlawanan kedua.