fb fb fb fb fb

Quartararo raih petak utama di Le Mans, lakar rekod baru litar

Fabio Quartararo meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas memenangi petak utama dalam sesi kelayakan Grand Prix MotoGP Perancis di Litar Le Mans

LE MANS, 10 Mei - Fabio Quartararo menghadiahkan detik bersejarah di laman sendiri apabila memecah rekod sepusingan terpantas untuk menempah slot petak utama Grand Prix Perancis di Litar Le Mans.

Pelumba Yamaha itu mencatat masa terpantas 1 minit 29.324 saat sambil disambut sorakan penonton yang menyanyikan lagu kebangsaan Perancis, La Marseillaise.

Dia memecahkan rekod sebelumnya yang dicatat oleh Marc Márquez sehari sebelum itu semasa sesi kelayakan awal.

Kejayaan itu menyaksikan Quartararo mencatat petak utama berturut-turut buat kali pertama sejak musim 2021, selepas turut cemerlang di GP Sepanyol.

Pendahulu kejuaraan dunia, Alex Marquez (Gresini Racing) bakal bermula di petak ketiga, manakala rakan sepasukan Fermin Aldeguer, Maverick Vinales (KTM Tech3) dan Francesco Bagnaia (Ducati) mengisi barisan kedua.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI