fb fb fb fb fb

Real Madrid mara ke final Piala Dunia Kelab

(FOTO AFP)

RABAT, 9 Februari- Real Madrid mara ke final Piala Dunia Kelab selepas menundukkan wakil Mesir, Al Ahly pada aksi di Stadium Putera Moulay Abdellah, Maghribi.

Juara Eropah itu mendahului perlawanan melalui jaringan Vinicius Jr pada separuh masa pertama pada minit ke -42.

Jaringan tersebut membakar semangat pasukan bagi menggandakan asakan ke kubu lawan.

Di babak kedua, Federico meledak gol kedua sebelum dua lagi gol terhasil pada masa kecederaan, masing-masing dicipta oleh Rodrygo dan Sergio.

Al Ahly turut mendapat gol saguhati pada minit ke 65 hasil jaringan Ali Maaloul.

Di final nanti, Real akan bertemu kelab Arab Saudi, Al-Hilal di Rabat, Sabtu ini.

Al hilal terdahulu mengejutkan juara Amerika Selatan, Flamengo 3-2 pada pertemuan pertama separuh akhir.

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti berharap kejohanan Piala Dunia Kelab tidak menganggu fokus pasukannya bersaing di liga domestik.

Ketika ini, pasukan Real Madrid ketinggalan lapan mata di belakang seteru utama Barcelona setelah tewas 1-0 kepada Real Mallorca baru-baru ini-AFP


(Aksi Real Madrid ketika menentang Al Ahly pada separuh akhir kejohanan Piala Dunia
Kelab/FOTO AFP)

Media Baharu