fb fb fb fb fb

Tiga lagi pemain skuad bola sepak B-23 negara positif COVID-19

KUALA LUMPUR, 20 Februari - Tiga pemain Skuad B-23 Kebangsaan disahkan Positif COVID-19 selepas menjalani ujian di hotel penginapan di Phnom Penh, Kemboja, semalam.

Perkara itu disahkan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) di laman sosialnya.

Tiga pemain tersebut ialah Abdul Hanafie Tokyo, Zainal Abidin Jamil dan T. Saravanan.

FOTO BERNAMA

Turut disahkan positif penolong jurulatih, Khan Hung Meng.

"Ketiga-tiga pemain serta penolong jurulatih berkenaan telah diasingkan serta-merta daripada aktiviti bersama pasukan dan akan menjalani ujian PCR, pagi ini.

"Dua pemain yang sebelum ini positif COVID-19 ketika ujian PCR semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh iaitu Fahmi Daniel Zaaim dan Shafi Azswad Sapari, dijangka bebas daripada tempoh isolasi masing-masing hari ini atau esok, tertakluk pada keputusan ujian PCR terkini mereka sebelum dibenar kembali menyertai latihan bersama pasukan" menurut kenyataan itu.

 

Media Baharu