fb fb fb fb fb

City tewas kepada Spurs di laman sendiri

MANCHESTER, 20 Februari - Dua gol jaringan penyerang sensasi, Harry Kane membantu Tottenham Hotspur mencatat kemenangan luar jangka mengalahkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City 3-2 di laman lawan.

Tottenham yang tewas tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini, membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Dejan Kulusevski yang menyudahkan umpanan tepat daripada Son Heung Min.

City menyamakan kedudukan pada minit ke-33, hasil kesilapan penjaga gawang Spurs, Hugo Lorris yang gagal menepis dengan kemas hantaran lintang Raheem Stering.

Peluang yang terhidang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Ilkay Gundogan.

Kane kemudiannya meletakkan Tottenham kembali di hadapan dengan menolak masuk hantaran Son pada minit ke-59.

FOTO AFP

City dilihat berjaya mencuri satu mata setelah Riyad Mahrez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90.

Kane bagaimanapun menanduk masuk gol kemenangan pada masa kecederaan bagi memastikan Spurs meraih tiga mata penuh.

Dengan Liverpool mencatat kemenangan 3-1 mengalahkan Norwich, jurang antara City dengan The Reds kini hanya tinggal enam mata.

 

Media Baharu