KUALA LUMPUR, 7 Ogos-Tiga kelab Liga Super berdepan tunggakan gaji bagi bulan Mei dan Jun tahun ini.
Perkara tersebut disahkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), tanpa mendedahkan nama kelab.
Selain gaji, kelab terbabit turut berdepan tunggakan caruman KWSP, LHDN, PERKESO dan Skim Insurans Pekerjaan, bagi tempoh sama.
Menurut MFL, ia berdasarkan pemeriksaan dokumen laporan kewangan yang dilakukan oleh Financial Fair Play, First Instance Body (FIB) sebelum 16 Julai lalu.
Kesemua kelab berkenaan diarah FIB menyelesaikan tunggakan, dan menyerahkan dokumen kewangan tambahan sebelum 15 Ogos.
Jika gagal, kelab akan dikenakan sekatan perpindahan pemain, pada jendela perpindahan akan datang.