fb fb fb fb fb

Dana e-sukan meningkat kepada RM1 juta

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos-Peruntukan bagi e-sukan negara meningkat empat kali ganda apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini.

ESI memaklumkan dana itu dibahagikan kepada dua kategori.

RM700,000 disalurkan kepada umum dengan had pembiayaan maksimum RM30,000

Selebihnya adalah untuk institusi pengajian tinggi awam dan swasta; dengan had pembiayaan RM15,000

Menurut ESI, peningkatan itu dijangka memberi impak positif kepada industri serta memacu pertumbuhan ekosistem e-sukan negara.

Permohonan Dana Esukan KBS 2024 perlu dibuat secara dalam talian sebelum 27 Ogos ini.

Semua permohonan yang berjaya mestilah menganjurkan acara atau program sebelum 30 November.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD