fb fb fb fb fb

Ibu bangga dengan semangat juang Zii Jia

Foto Facebook Persatuan Badminton Malaysia

ALOR SETAR, 7 Ogos-Kejayaan Lee Zii Jia meraih pingat gangsa pada penampilan kedua di Olimpik Paris 2024 turut membanggakan ibunya, Leow Siet Ping.

Menurut Siet Ping, dia turut memuji semangat juang yang ditunjukkan anaknya ketika menewaskan pemain India, Lakshya Sen pada penentuan pingat gangsa baru-baru ini.

Siet Ping turut mengakui merasai tekanan yang dihadapi anaknya itu dalam usaha menghadirkan pingat emas pertama badminton pada temasya berkenaan.

Dia turut berharap Zii Jia dapat bersabar dalam menghadapi kritikan peminat dan netizen dengan mempamerkan kemampuan pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dengan menghadiahkan pingat emas buat negara. buat Malaysia.

Ujar Siet Ping, dia tidak dapat hadir menyambut kepulangan anaknya di KLIA hari ini berikutan sibuk dengan tugasannya di salah sebuah sekolah di sini.

Tambahnya, Zii Jia akan menyertai Terbuka Jepun yang bakal bermula 20 hingga 25 ogos depan sebelum memfokuskan Kejuaraan Dunia 2025.

Ditanya tentang tindakan sebuah kafe di sini yang memberikan kopi percuma kepada orang ramai sempena kejayaan anaknya, Siet Ping berkata dia menghargai perkara berkenaan dan menganggap kemenangan anaknya itu sesuatu yang wajar dikongsi oleh rakyat dan negara.

Siet Ping berkata demikian ketika dihubungi RTM menerusi telefon.

Lee Zii Jia mencatatkan sejarah sebagai pemain perseorangan ketiga negara yang berjaya meraih pingat buat negara di Olimpik selepas kali terakhir memenangi pingat perak di Olimpik Rio de Janeiro 2016 melalui Datuk Lee Chong Wei.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD