fb fb fb fb fb

Peluang negara raih emas tetap cerah-Hannah

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

PARIS, 7 Ogos-Peluang untuk Malaysia meraih pingat emas pertama di Olimpik Paris 2024, kekal cerah.

Keyakinan itu disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dengan harapan kini disandarkan kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.

"Saya tidak pernah risau dengan beliau kerana kesungguhan beliau, kematangan beliau dan kali ini RTG kita telah terbangkan pakar jantung untuk menjaga Datuk Azizulhasni, Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon dari Institut Jantung Negara yang sampai hari ini. Saya percaya dia boleh melakukannya", jelas Hannah yang ditemui di sini.

Dalam masa sama, Hannah menegaskan tidak wujud isu pihaknya terlalu memberi tekanan kepada Azizul memandangkan mereka memiliki hasrat yang sama.

Selain the Pocket Rocketman, dua lagi pelumba yang membawa cabaran bagi kem berbasikal trek negara adalah Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati.

Berbekalkan reputasi selaku pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016 dan perak di Olimpik Tokyo 2020 dalam acara keirin, pelumba berusia 36 tahun itu kini merupakan satu-satunya harapan negara untuk meraih pingat emas pertama Olimpik buat negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD