fb fb fb fb fb

Kecergasan 'The Pocket Rocketman' dalam keadaan terbaik

Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon

PARIS, 6 Ogos- Kecergasan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berada dalam keadaan terbaik menjelang saingan acara pecut Olimpik Paris 2024 pada rabu ini.

Perkara itu disahkan pakar jantung dari Institut Jantung Negara (IJN), Profesor Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon yang diterbangkan khas ke Paris.

Insiatif berkenaan bertujuan memantau tahap kesihatan Azizul yang sebelum ini mengalami masalah jantung.

"Kita sasar pemulihan Datuk Azizul dari dua tahap. Tahap pertama sebagai orang yang mengalami pembedahan seperti kebanyakan. Tahap kedua sebagai seorang atlet yang elit.

"Jadi sasaran Datuk Azizul telah capai kedua-dua dalam masa singkat. Sebenarnya tahap kesihatannya lebih daripada apa yang kita jangka dan sejak itu Azizul tidak ada apa-apa masalah yang membimbangkan kita," katanya kepada pemberita di sini.

Jeffrey turut memaklumkan pelumba yang digelar 'The Pocket Rocketman' itu telah melepasi semua ujian yang dilakukan dan boleh beraksi pada tahap optimum dalam usaha mencari pingat emas pertama buat Malaysia.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI