fb fb fb fb fb

'The Special One' berkelana ke Fenerbache

Ketua jurulatih baharu Fenerbache, Jose Mourinho/Foto Reuters

ISTANBUL, 1 Jun- Pengurus bola sepak ternama, Jose Mourinho dijangka diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu bagi kelab ternama Liga Turkiye, Fenerbahce.

Pengendali dari Portugal berusia 61 tahun itu, yang pernah melatih beberapa kelab terkemuka Eropah dan memenangi lapan kejuaraan liga serta dua Liga Juara-Juara, tidak bekerja sejak dipecat Roma pada Januari lalu.

Pengurus dengan gelaran 'The Special One' itu dilaporkan bakal menggantikan Ismail Kartal sekali gus bakal menjadi pasukan yang ke-11 dalam kendaliannya.

Mourinho, akan menggalas tugas berkenaan selepas Fenerbahce tampak kecewa selepas menamatkan Liga Turkiye di tangga kedua untuk tahun ketiga berturut-turut.

Fenerbahce menamatkan musim liga mereka minggu lalu di belakang musuh ketat mereka, Galatasaray dengan hanya tiga mata.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD