fb fb fb fb fb

Enam kejohanan Muay Thai terima peruntukan KBS menerusi Geran Padanan Sukan (GPS)

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh/ Foto Facebook Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang

TAIPING, 1 Jun- Lebih RM800,000 diberikan kepada enam kejohanan Muay Thai menerusi Geran Padanan Sukan (GPS) tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, Kejohanan Muay Antarabangsa Malaysia (MIMAC) yang sedang berlangsung di Dataran Warisan Taiping bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000.

Katanya, Peruntukan khas sebanyak RM20,000 turut akan diberikan kepada Persatuan Tomoi Negeri Perak.

Justeru, beliau berharap dengan pemberian geran dan peruntukan khas tersebut pihak kelab dan persatuan Muay Thai akan bekerja kuat bagi memastikan anak-anak muda mempunyai platform dalam sukan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan MIMAC 2024 di sini.

Kejohanan itu yang julung kali diadakan melibatkan 12 negara termasuk Thailand, Vietnam, Kemboja, Iran, Laos dan Afghanistan.

MIMAC 2024 mempertandingkan tiga kategori iaitu Super Kid (9-11 tahun), Remaja (12-16 tahun) dan Terbuka 16 hingga 21 tahun bagi peringkat profesional dengan 12 tali pinggang menjadi rebutan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD