fb fb fb fb fb

Piala Negara-Negara: Pakistan ikat Malaysia

Foto Facebook MalaysianHockeyConfederation

GNIEZNO, 1 Jun-Skuad hoki kebangsaan seri empat sama dengan Pakistan pada aksi pembukaan Kumpulan B Kejohanan Piala Negara-Negara di sini semalam (Sabtu).

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Sarjit Singh kempunan mengutip tiga mata penuh selepas selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Pada perlawanan di Stadium Hoki Nasional di Gniezno itu menyaksikan Speedy Tigers terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi tonggak tengah Mohammad Fitri Saari yang mengambil pukulan penalti stroke.

Malaysia menggandakan kedudukan apabila Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal meledak jaringan kedua pada minit ketujuh.

Jaringan Faizal Saari menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-11, meletakkan Speedy Tigers di hadapan 3-0.

Pakistan merapatkan jurang pada minit ke-32, namun Mohammad Fitri menambah gol negara menerusi pukulan penalti stroke 10 minit kemudian.

Bagaimanapun Pakistan bangkit untuk mengikat Malaysia 4-4 menerusi jaringan pada minit ke-43, 52 dan 60 sebelum tamat perlawanan.

Bagi perlawanan seterusnya, skuad negara dijadual bertemu Perancis esok dan Kanada pada Rabu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD