fb fb fb fb fb

Sivasangari antara enam calon atlet terbaik SAM

Pemain Skuasy Wanita negara, S.Sivasangari/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Jun-Pemain skuasy negara, S Sivasangari antara enam atlet disenarai pendek bagi merebut Anugerah Atlet Terbaik di Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100PLUS 2023.

SAM menerusi kenyataan memaklumkan turut merebut anugerah itu adalah bintang skuasy lelaki negara Ng Eain Yow dan atlet wushu Wong Weng Soon.

Turut tersenarai adalah juara tenpin boling dunia Natasha Mohamed Roslan dan gandingan ratu boling padang Nur Ain Nabilah Tarmizi serta Aleena Ahmad Nawawi.

Sementara itu, dua atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin dari sukan powerlifting dan Cheah Liek Hou terus mendominasi pencalonan bagi Anugerah Atlet Para Terbaik 2023.

Pencapaian cemerlang, Noor Askuzaimey Mast Salim yang meraih emas di Kejohanan Wilayah Asia-Oceania Boccia Dunia di Hong Kong memastikan namanya turut disenarai pendek.

Anugerah SAM 100PLUS 2023 dijadual berlangsung pada 6 Jun yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000

Majlis anugerah ini dijangka dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD