fb fb fb fb fb

Persahabatan: Harimau Malaya menang tipis

Foto Facebook FAM

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Skuad Harimau Malaya hanya menang tipis 1-0 ke atas Perak FC pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.

Jaringan tunggal pasukan kendalian jurulatih Korea Selatan Kim Pan Gon itu dihasilkan Daniel Ting pada minit ke-17.

Aksi pemanas badan itu sebagai persediaan skuad Harimau Malaya menjelang dua perlawanan penting Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 minggu depan.

Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov di Bishkek pada 6 Jun sebelum bertemu Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun.

Selepas empat perlawanan, Malaysia berada di posisi ketiga kumpulan dengan enam mata.

Sementara Kyrgyzstan sebagai pendahulu, berkongsi sembilan mata dengan Oman di tempat kedua, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD