SEPANG, 1 Jun 2024- Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah kebangsaan memiliki ramuan tersendiri untuk meraih keputusan positif menentang Korea Selatan menjelang Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) 2024 di Incheon pada Ahad.
Ketua jurulatihnya, Mohd Fariz Syazwan Abu Bakar, akui gandingan pemain senior dan muda mampu bantu pasukan raih kemenangan pertama.
"Kalau dilihat daripada keseluruhan mood pasukan, rata-rata pemain kelihatan bersemangat untuk membawa cabaran.
"Sebagai jurulatih ini yang diperlukan untuk sekurang-kurangnya mendapatkan keputusan positif di sana", kata Fariz demikian ketika ditemui media di KLIA 2 sebelum berlepas ke Korea Selatan pada Sabtu.
Selepas ini Malaysia akan melayani kunjungan Hong Kong di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 8 Jun sebelum bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi terakhir di Dubai pada 21 Jun.
Sebagai rekod, Kejuaraan Ragbi Asia 2024 berlangsung dalam format liga sepusingan.