fb fb fb fb fb

'The Rhinos' UniSZA mara ke separuh akhir Liga IPT

TERENGGANU, 16 Jun - Pasukan bola sepak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 'The Rhinos' kini dalam momentum terbaik untuk merealisasikan misi mereka menjulang Piala Menteri Pengajian Tinggi dalam kempen Liga Institut Pengajian Tinggi (Liga IPT) musim ini.

Ia selepas kejayaan mereka menghampiri aksi final setelah menyingkirkan Universiti Putra Malaysia (UPM) di suku akhir baru-baru ini.

Pada aksi suku akhir tersebut, 'The Rhinos' menang menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1 sama sepanjang 120 minit permainan.

Wakil tunggal IPT dari Pantai Timur ini akan berdepan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di peringkat separuh akhir pada Selasa nanti.


(Ketua jurulatih 'The Rhinos' UniSZA Mohd Norhisham Hassan)

Ketua jurulatih 'The Rhinos' UniSZA Mohd Norhisham Hassan berkata ini antara yang terbaik.

"Ini momentum terbaik buat UniSZA untuk ke final setelah enam tahun kita kemarau dan setelah dua tahun tiada pertandingan, jadi ini mungkin dengan pemaiin-pemain baru yang pertama kali merasai Kejohanan Piala Menteri ini akan merasa kehangatan itu," katanya di sini.

Kali terakhir Unisza muncul juara di liga bola sepak IPT itu ialah pada edisi 2016.

Kali ini mereka dilihat berpeluang menamatkan kemarau 6 tahun tersebut setelah konsisten dengan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan sehingga ke suku akhir kempen ini.

Penentuan juara Liga IPT akan ditentukan pada 5 Julai nanti.

Media Baharu