fb fb fb fb fb

Dani Alves tinggalkan Barcelona kali kedua

(FOTO AFP)

MADRID,16 Jun- Bintang bola sepak Brazil, Dani Alves atau nama sebenarnya Daniel Alves da Silva mengumumkan secara rasmi hari ini bahawa dia akan meninggalkan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona buat kali kedua.

Pemain berpengalaman itu mengesahkan dia tidak akan menyambung kontraknya selepas Barca mengikat perjanjian jangka pendek November lalu hingga penamat musim ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua staf dengan peluang yang mereka berikan buat saya kembali ke kelab ini dan boleh memakai kembali jersi yang menakjubkan ini, anda tidak tahu betapa gembiranya saya," kata pemain antarabangsa Brazil itu menerusi Instagram.

Alves membuat 408 penampilan bersama Barcelona, 391 daripadanya sepanjang 2008 hingga 2016.

Pemain berusia 39 tahun itu pernah memenangi enam gelaran La Liga, tiga Liga Juara-Juara dan empat trofi Copa del Rey.

Khidmat Alves masih boleh digunakan dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia Qatar tahun ini dan dia memulakan permainan dalam aksi persahabatan dimenangi pasukannya menentang Jepun dan Korea Selatan awal bulan ini. - AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu