fb fb fb fb fb

Costa Rica tempah tiket ke Piala Dunia 2022

(FOTO AFP)

SAN JOSÉ, 15 Jun- Slot terakhir ke Piala Dunia 2022 menjadi milik Costa Rica selepas pasukan Amerika Tengah itu kemenangan tipis 1-0 mengatasi New Zealand pada playoff awal pagi tadi.

Bekas penyerang Arsenal, Joel Campbell muncul wira pasukan apabila meldak gol kemenangan pasukan pada minit ke-3.

Beraksi dengan 10 orang pemain di babak kedua, New Zealand tidak berjaya mencari gol penyamaan walaupun mendominasi pada sebahagian besar aksi dan keputusan kekal sehingga wisel penamat.

Pengendali Costa Rica, Luiz Fernando Suarez memuji prestasi yang ditampilkan anak buahnya pada perlawanan yang berlangsung di Doha itu.

(Pengendali Costa Rica, Luiz Fernando Suarez/ AFP)

"Kami telah berusaha sepanjang tahun untuk menempuhi cabaran kali ini, dan pada hari ini kami telah layak melangkah ke slot akhir Piala Dunia," katanya.

Costa Rica akan berdepan Jerman, Sepanyol dan Jepun pada saingan sengit Kumpulan E pada kejohanan yang akan bermula di Qatar November ini.

Kemenangan meletakkan Costa Rica ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut selain enam secara keseluruhan.

Pencapaian terbaik mereka setakat ini ialah kejutan ke suku akhir pada 2014. -AFP

Media Baharu