fb fb fb fb fb

Skuad bola sepak B23 bakal alami beberapa perubahan dalam masa terdekat

BUKIT JALIL, 15 Jun- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melakukan beberapa perubahan keatas skuad bawah 23 tahun negara(B23) dalam masa terdekat ini.

Presidennya, Datuk Hamidin Amin menyatakan satu mensyuarat khas akan diadakan pada Julai ini serta menunggu kertas laporan dari ketua jurulatih B23, Brad Moloney.

Beliau turut mekmalumkan perubahan itu akan mengikut sebagaimana yang telah dilakukan kepada pasukan kebangsaan.

"Perubahan ini bukan sahaja menukar jurulatih, namun saya ingin membawa perubahan sama seperti pasukan kebangsaan sekarang.

"Jika kita lihat pasukan bola sepak antarabangsa mereka tidak akan melihat kepada barisan kejurulatihan sahaja, tetapi turut merangkumi bahagian teknikal misalnya,"


(Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin)

Datuk Hamidin menyatakan perkara itu dalam sidang media selepas perlawanan skuad kebangsaan dengan pasukan Bangladesh yang berlangsung di stadium nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ia susulan prestasi skuad B23 itu yang tewas di tangan Korea Selatan dan Thailand dalam dua aksi peringkat Kumpulan C di Piala Asia B-23, sekali gus tersingkir awal dari kejohanan.

Beliau juga berharap dengan perubahan yang akan dilakukan ini dapat membawa pasukan bola sepak negara mampu ke peringkat yang lebih jauh.

Media Baharu