fb fb fb fb fb

Taktikal 'total football' Pan Gon berjaya bawa Malaysia mara ke Piala Asia

KUALA LUMPUR, 15 Jun- Kali terakhir Malaysia cuba layak ke Piala Asia secara merit ialah pada edisi 2015 di bawah kendalian Datuk K. Rajagopal.

Misi Skuad negara yang diundi bersama Bahrain, Qatar dan Yaman bagaimanapun gagal selepas cuma mencatat dua kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan.

Semua itu kini dalam lipatan sejarah selepas skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Korea, Kim Pan Gon berjaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit.

Tahun 2022 menjadi era baru buat bolasepak negara dengan kehadiran jurulatih baru dan corak taktikal moden.

(Pemerhati sukan tempatan, Dr.Pekan Ramli)

Pemerhati sukan tempatan, Dr. Pekan Ramli berpendapat, taktikal 'total football' diterap Pan Gon berjaya mengatasi masalah skuad Harimau Malaya sebelum ini yang terlalu bergantung kepada seorang dua pemain.

Jelas beliau, tujuh penjaring berlainan sepanjang tiga aksi kelayakan membuktikan skuad negara kini lebih bermain sebagai satu pasukan.

"Jika dilihat ini merupakan corak permaian seperti Korea dan Jepun, mereka tidak bergantung kepada siapa yang bermainan di posisi penyerang untuk menjaringkan gol,

"Namun pemain pertahanan juga boleh menghasilkan jaringan, mereka naik ke atas untuk membantu pasukan mengumpul mata. Tiada spesifik kepada sesiapa untuk mencuba membuat jaringan," katanya.

Pekan Ramli juga yakin kejayaan skuad kendalian Pan Gon akan memberi manfaat kepada skuad negara mencari perlawanan persahatan kompetitif.

Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia ialah pada edisi 1980 di Kuwait yang ketika itu dibimbing jurulatih Jerman, Karlz Heinz Weigang.


Media Baharu