fb fb fb fb fb

Pemain Harimau Malaya perlu kekal fokus, siap siaga pasukan - Faizal Azumu

KUALA LUMPUR, 15 Jun- Penantian selama 42 tahun berakhir selepas skuad Harimau Malaya menumpaskan Bangladesh 4-1 sekali gus melayakkan Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan kemenangan bersejarah itu cukup bermakna buat Keluarga Malaysia.

"Daripada enam kumpulan yang berentap dalam aksi kelayakan skuad Harimau Malaya selaku lima naib juara berjaya melayakkan diri secara merit," kata beliau dalam kenyataannya dikongsikan di laman Facebook rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ahmad Faizal juga agar pemain kekal fokus dan terus beusaha untuk memperoleh lebih banyak kejayaan.

Beliau turut berbangga dengan sokongan padu para penyokong khasnya Ultras Malaya yang memeriahkan suasana dan berjaya meniup semangat para pemain untuk beraksi dengan cemerlang.

Terdahulu, skuad negara menumbangkan pasukan Bangladesh, 4-1 pada saingan akhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 pada semalam.

Sepak mula perlawanan berlangsung pada pukul 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Bukit Jalil disaksikan hampir 60,000 penonton dan penyokong tanah air.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut bersama menyaksikan perlawanan tersebut.


(Foto Twitter Menteri)

Media Baharu