fb fb fb fb fb

The Catalan akur tewas tipis dengan Frankfurt - Liga Europa

BARCELONA, 15 April- Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona tersingkir daripada Liga Europa selepas kalah kepada Eintracht Frankfurt pada peringkat suku akhir pagi tadi.

Skuad The Catalan menerima kunjungan kedua pasukan dari Jerman itu selepas seri 1-1 pada perlawanan sebelumnya pada 8 April lalu.

Tirai jaringan dibuka seawal minit ke-3 menerusi sepakan penalti susulan terjahan keras pertahanan Barca, Eric Garcia ke atas Jesper Lindstrøm.

Pemain antarabangsa Serbia, Filip Kostic menyempurnakan sepakan tersebut selain mencetak gol kedua pada minit ke-66 menerusi hantaran pendek Daichi Kamada.

Skuad kendalian Xavi Hernandez itu yang ketinggalan 3-0 mencipta kebangkitan dengan jaringan di hujung minit permainan menerusi pemain tinggi lampai, Sergio Busquets.

Beberapa minit kemudian, Barca dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerangnya, Memphis Depay.


(Penyerang Eintracht Frankfurt, Filip Kostic meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan/AFP)

Perlawanan berakhir dengan keputusan 3-2, dengan melayakkan pasukan Eintracht Frankfurt ke pusingan separuh akhir Liga Europa buat kali kedua dengan kelebihan agregat, 4-3.

"Saya tidak mampu berkata-kita. Tiada siapa menjangkakan ini jika anda jujur. Semua orang menjangkakan kami akan menderita," kata penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp.

Kebangkitan Barcelona di bawah kendalian Xavi Hernandez memang menakjubkan tetapi kekalahan ini bermakna mereka hanya menang sekali di laman sendiri musim ini di Eropah dan kempen mereka dijangka berakhir tanpa sebarang piala.

"Ia satu ancaman besar buat kami. Mereka memang layak mara," akui Xavi.

Dalam pada itu, West Ham United dan Rangers menyertai RB Leipzig mara ke kelompok empat terakhir.- AFP

Media Baharu