fb fb fb fb fb

MHL 2022: TNB berpesta gol belasah NDT Lelaki 17-0

KUALA LUMPUR, 23 Februari - TNB berpesta gol di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil apabila membelasah National Development Team (NDT) Lelaki dengan keputusan 17-0 pada saingan Kejohanan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2022.

Suku masa pertama, TNB telah merobek gawang gol NDT Lelaki dengan 3 gol sebelum menambah 7 gol di suku masa kedua.

TNB meredakan sedikit tekanan pada suku masa ketiga namun menambah lagi 2 gol menjadikan kedudukan 12-0.

Namun pada suku masa keempat TNB terus menghukum NDT Lelaki dengan menambah lagi 5 gol untuk menutup tirai perlawanan dengan keputusan 17-0.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan, Maybank terikat dua sama dengan Terengganu Hokey Team (THT)

Kedua-dua pasukan terikat dengan 0-0 pada suku masa pertama.

Namun sebaik memasuki suku masa kedua Maybank terlebih dahulu di depan menerusi gol padang jaringan Muhajir Abdu Rauf sebelum pemain THT, Nabil Fiqri Mohd Nor menyamakan kedudukan satu sama minit ke - 30.

Perlawanan bertambah menarik dengan kedua-dua pasukan saling menyerang di suku masa ketiga.

Muhammad Razie Abd Rahim memanfaatkan peluang terbaik Maybank apabila berjaya menjaringkan gol kedua Maybank menerusi pukulan sudut penalti menjadikan kedudukan 2-1.

Tersentak dengan itu THT menggandakan serangan sehingga berjaya mendapat gol penyamaan minit ke-51 jaringan Faizal Saari untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan seri dua sama.

Dalam pada itu, TNB Thunderbolts mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Nurinsafi Sporting.

 

Media Baharu