FOTO FACEBOOK FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA (FAM)
Jelas Ahmad Faizal, FAM harus bertanggungjawab di atas kegagalan ini dan mencari punca mengapa skuad kendalian Brad Maloney itu kurang menyerlah di pentas Asia Tenggara.
"Semata-mata dengan menukar jurulatih, pengurusan atau presiden FAM, tidak memberi apa-apa makna jika keseluruhan ekosistem dalam sukan itu tidak diperbetulkan. Jadi untuk perbetulkan, kita mula dari diri sendiri, sebagai penyokong juga lihat perkara itu dengan cara yang boleh membantu, bukan menentang atau merosakkan,” jelasnya.
Dalam kempen peringkat kumpulan B, skuad negara tewas kepada Laos dalam dua pertemuan, sekali gus gagal ke separuh akhir iaitu kekalahan 2-1 pada Jumaat lepas dan 2-0 pada malam tadi.