fb fb fb fb fb

TFC tundukkan Kelantan TRW 4-1 di Kuala Nerus

Pemain Terengganu FC (TFC) Diego Landis (tengah) meraikan kejayaan setelah menjaringkan gol pertama buat pasukannya semasa menentang pasukan Kelantan The Real Warriors FC (TRW) pada saingan Liga Super 2025/2026 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi / BERNAMA

KUALA NERUS, 4 Oktober - Terengganu FC (TFC) mencatat kemenangan bergaya apabila menundukkan Kelantan The Real Warriors FC (Kelantan TRW) 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam tadi.

Jaringan pertama hadir pada minit ke-22 menerusi pertahanan import, Diego Landis, sebelum Nurillo Tukhtasinov menambah gol kedua tujuh minit kemudian. TFC terus mendominasi perlawanan dengan Yan Mabella menjaringkan gol ketiga pada minit ke-40.

Bersambung babak kedua, Kelantan TRW merapatkan kedudukan melalui pemain gantian, T. Saravanan, pada minit ke-51, namun Mabella sekali lagi meledak gol pada minit ke-72 untuk melengkapkan kemenangan 4-1.

Pasukan tuan rumah hampir menambah jaringan di penghujung permainan, namun beberapa peluang keemasan gagal disudahkan.

Keputusan itu menyaksikan TFC mengumpul 13 mata selepas tujuh perlawanan untuk berada di tangga ketiga liga, manakala Kelantan TRW kekal di tangga keenam dengan lapan mata.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE