fb fb fb fb fb

TFC terikat 1-1 PDRM FC, Osuchukwu penyelamat The Cops

Foto TFC

KUALA TERENGGANU, 5 Oktober -Terengganu FC (TFC) terlepas peluang mengutip tiga mata selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan PDRM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Babak pertama perlawaanan, TFC mendominasi permainan dengan sepakan kapten, Safawi Rasid hampir menerjah jaring pada minit kelima.

TFC terus meningkatkan asakan bertali arus dan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang import baharu, Nelson Bonilla meletakkan Sang Penyu di depan pada minit ke-44.

Ia merupakan gol sulungnya bersama TFC sejak tiba bulan lalu

Memasuki babak kedua, TFC yang dikendalikan jurulatih sementara, Badrul Afzan Razali perlu menyalahkan diri sendiri selepas gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang untuk mencipta kemenangan.

Pemain tengah The Cops, Chidi Osuchukwu memastikan pasukan pelawat tidak pulang dengan tangan kosong apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-52.

Keputusan kekal 1-1 hingga tamat perlawanan.

"masalah penyudah bagi saya kena perbaiki banyak benda daripada penyerang la. Nelson saya melihat dia, sentuhan untuk menjaringkan gol itu ada cuma memerlukan masa la hari ini sahaja dia main 90 minit berbanding tiga perlawanan sebelum ini" kata Badrul pada sidang media selepas perlawanan.

Penambahan mata tunggal itu menyaksikan Skuad Penyu tidak berganjak dari tangga ketiga carta apabila hanya mengumpul 17 mata.

Manakala PDRM FC lega setelah naik ke tangga kelima berbekalkan 15 mata.

Trainee2