fb fb fb fb fb

Manuele Tarozzi kuasai perlumbaan peringkat keenam LTdL 2024

FOTO Media LTdL

KULAI, 4 Oktober- Pelumba Vf Group-Barniani CSF-Faizane, Manuele Tarozzi muncul juara saingan peringkat keenam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Batu Pahat ke Kulai.

Tarozzi menamatkan perlumbaan sejauh 123.4 kilometer dengan catatan masa 2 jam 28 minit 58 saat.

Stefan De Bod daripada pasukan EF Education-Easypost akhiri saingan di kedudukan kedua manakala tempat ketiga menjadi milik pelumba Tudor Pro Cycling, Arvid De Kleijn.

Sementara itu, pelumba Malaysia Pro Cycling(MPC), Ahmad Syazrin Awang Ilah bergelar pelumba terbaik Malaysia untuk saingan hari ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE