fb fb fb fb fb

Aksi persahabatan: Vicente senarai tiga muka baharu hadapi New Zealand

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Oktober-Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente membuat kejutan dengan menyenaraikan tiga muka baharu bagi menyertai kem latihan pusat menjelang aksi persahabatan menentang New Zealand, 14 Oktober ini.

Mereka adalah penjaga gol Selangor Azim Al Amin Kamaruddin serta pemain muda dari skuad bawah 19 tahun kebangsaan iaitu penjaga gol Haziq Aiman Mohd Esa dari JDT dua dan Haykal Danish Mohd Haizon dari Selangor Bawah -23.

Vicente turut memanggil kembali pemain tengah Sabah FC Stuart Wilkin.

Vicente mengekalkan 23 daripada 26 pemain dari pasukan yang menjuarai Pestabola Merdeka bulan lepas.

Skuad Harimau Malaya akan berlepas terus ke Auckland pada 6 Oktober untuk menjalani kem latihan pusat selama seminggu

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD