fb fb fb fb fb

Piala Dunia Hoki Masters 2024: SAS yakin tampil cemerlang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah suntik semangat pasukan hoki veteran SAS menjelang kejohanan dunia/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 Oktober-Persatuan Hoki Veteran Malaysia Sultan Ahmad Shah (SAS) optimis akan menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Piala Dunia Hoki Masters 2024 yang akan membuka tirai di Afrika Selatan pada 12 hingga 21 Oktober.

Presidennya, Tengku Fahad Mu'adzam Shah memaklumkan pada kejohanan lain sebelum ini, pasukan berkenaan meraih keputusan positif.

Beliau berharap pasukan veteran berkenaan akan meneruskan momentum terbaik pada kejohanan berkenaan.

"Kami berharap dapat mengekalkan momentum kemenangan selepas bergelar naib juara tahun lepas selain memenangi Piala Emas ASEAN.

"Pada tahun ini, kami berharap dapat membawa pulang sekurang-kurangnya emas dan perak buat negara.Itu harapan kami", katanya pada sidang media khas di sini.

Terdahulu Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli ke majlis berkenaan.

Pasukan berkenaan akan diwakili pemain kategori berusia 40 hingga 65 tahun yang terus mempamerkan semangat juang buat negara.

Selepas itu pasukan veteran negara akan meneruskan saingan di New Zealand pada 7 hingga 16 November.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD