fb fb fb fb fb

Badrul Afzan kemudi TFC hingga tamat musim

TFC melantik Badrul Afzan sebagai pengendali sementara TFC/Foto Facebook TFC

KUALA TERENGGANU, 4 Oktober-Terengganu FC tidak berhasrat melantik ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Tomislav Steinbrückner.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Hishamuddin Abdul Karim berkata pihaknya telah melantik penolong ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali untuk memangku tugas tersebut sehingga tamat musim.

Beliau turut yakin pengalaman Badrul untuk membawa TFC ke tahap yang lebih baik pada musim ini.

Pihaknya juga tidak meletakkan sasaran tertentu bagi mengelak tekanan kepada pemangku ketua jurulatih.

Hishamuddin percaya Badrul Afzan mampu meningkatkan kembali prestasi TFC berdasarkan pengalamannya sebelum ini. 

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu keputusan ‘berpisah’ dengan Steinbruckner dibuat berikutan kekalahan 0-1 kepada Selangor pada minggu lalu.

“Sejurus kekalahan itu, Steinbruckner telah menyerahkan mandat kepada pengurusan untuk menentukan masa depannya. Hasil perbincangan, kedua-dua pihak setuju untuk mengambil haluan berbeza,” katanya. 

TFC bakal menentang PDRM FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini (Jumaat).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD