KUALA LUMPUR, 27 Mac - Terengganu FC (TFC) tidak akan mengadakan perlawanan pramusim dengan kelab luar negara, sebagai langkah mengurangkan kos operasi.
Pengarah Sukannya, Zulfadzli Rozi berkata keputusan itu juga dibuat, selepas melihat persediaan pasukan lain bagi Liga Malaysia musim ini.
Bagaimanapun, beliau berkata skuad Penyu telah merangka beberapa siri perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab dalam negara.
Ia akan bermula dengan Selangor II; PDRM FC; dan Negeri Sembilan FC, pada 31 Mac hingga 4 April.
Seterusnya, persiapan diteruskan dengan perlawanan jemputan empat penjuru, melibatkan TFC II; KDA FC; dan Penang FC.
Dua siri perlawanan persahabatan terakhir yang akan berlangsung pada 28 April dan 3 Mei ini, akan menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil VAR, bagi menguji kecekapan pelaksanaannya bermula musim ini.