fb fb fb fb fb

KDN FC ikat 'ubi muda' dari Korea Selatan

Foto FB Kelantan Darul Naim FC

KUALA LUMPUR, 27 Mac - Kelantan Darul Naim (KDN FC) membawa masuk empat import muda dari Korea Selatan menyertai pasukan itu, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025.

Empat pemain itu melibatkan pertahanan, Ri-Gwan Kim, dan Ahoe Koo; serta penyerang, Bae Kyeong Hwan dan pemain tengah, Jung Byung Ju.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata kesemua pemain tersebut telah menandatangani kontrak selama semusim, bagi memperkuatkan pasukan Liga Super dan Piala MFL.

Ri-Gwan Kim merupakan bakat muda dalam Liga Korea, selepas menamatkan karier remaja B-18 Daegu FC.

Manakala 3 lagi import berkenaan juga memiliki karier cemerlang bersama kelab di Korea Selatan.

Pemilihan pemain dilakukan atas nasihat jurulatih yang dilantik sewaktu pihak kelab berada di Korea Selatan bulan lalu.

Tambahnya, beberapa import lagi akan diterima pada akhir Mac dan awal April ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD