fb fb fb fb fb

Terengganu tambah koleksi emas sepak takraw beregu lelaki

BANGI, 20 September - Misi menambah koleksi pingat emas kedua sepak takraw pula berjaya diterjemahkan kontinjen Terengganu menerusi acara beregu lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 dengan menewaskan Perlis 2-1 pada aksi final hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung Dewan Seri Sarjana Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Terengganu bermula garang dengan menang 21-14 di set pertama.

Perlis bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan 21-18 di set kedua, sekali gus memaksa perlawanan ditentukan ke set ketiga.

Dalam set penentuan itu, Terengganu kembali mendominasi permainan dengan lebih kemas, sekali gus menang 21-16 untuk membawa pulang pingat emas.

Ini merupakan pingat emas kedua Terengganu dalam sukan sepak takraw selepas mereka sebelum ini menang dalam acara berpasukan lelaki pada Ahad lepas.

Media Baharu